Saturday

Ceritakan Mengenai Anda


Soalan berkenaan "Ceritakan berkenaan diri anda" ataupun dengan bahasa Inggerisnya "Tell me about yourself" kerapkali ditanya semasa diawal temuduga.

Terdapat 3 tujuan utama untuk soalan ini:

  • Sebagai sesi 'ice-breaking'
  • Untuk menguji kelancaran anda dan kematangan anda ketika berbicara
  • Untuk mengetahui tahap minat anda terhadap kerjaya yang dipohon

PERTAMA: "Ice-breaking"
Pertama sekali penemuduga berkemungkinan telah membaca resume ataupun kelayakan anda secara sepintas lalu dan sesi ini adalah untuk mengenali anda secara bersemuka (in-person).

Jadi soalan ini dijadikan sebagai titik permulaan perbualan anda dan para penemuduga, dan untuk mengelakkan rasa janggal dan kekok

Maka dengan sebab itu, kebanyakan temuduga akan dimulakan dengan soalan begini.


KEDUA: Menguji Kelancaran Anda dan Kematangan Anda Ketika Berbicara
Majoriti penemuduga telahpun tahu dan arif berkenaan suasana bilik temuduga boleh menyebabkan anda 'cemas' dan 'panik', akan tetapi ia juga boleh menjadi medan untuk menguji kemahiran anda berkomunikasi sekiranya anda berhadapan dengan situasi 'tegang' sebegini.


Soalan 'ice-breaking' seperti "Tell me about yourself" sememangnya boleh dijadikan kayu ukur untuk melihat kemahiran komunikasi anda untuk menceritakan sesuatu yang mudah kepada penemuduga. Faktor-faktor lain seperti kelancaran dan kematangan juga diambil kira ketika anda sedang menceritakan perihal diri anda. 

Apa yang perlu diberikan perhatian, adalah:

  • Kelancaran (kalau tak lancar, anda tidak yakin, berkemungkinan juga ketidaklancaran tesebut memberikan isyarat yang mungkin anda sedang memikirkan cara untuk 'meng-kelentong' penemuduga)
  • Emosi - Perasaan takut dan gementar adalah biasa, tapi sekiranya ia keterlaluan, ia menunjukkan anda tidak matang dan kurang berkeyakinan)
  • Eye Contact - First impression is everything, memandangkan ini merupakan soalan pertama yang ditanya, penemuduga akan membuat penilaian pertama terhadap perilaku anda tatkala peringkat ini. Kegagalan anda membuat eye-contact sewajarnya menunjukkan anda kurang 'soft-skill', kurang berkeyakinan, ataupun tidak berminat dengan temuduga tesebut dan ini memberi kesan terhadap soalan -soalan berkaitrapat dengan pekerjaaan yang seterusnya. (Nota:  terdapat juga calon yang terus ditamatkan temuduga tanpa ditanya soalan teknikal berkaitan kerja, hanya kerana kurang membuat eye-contact sahaja

AWAS: anda tidak digalakkan mengunakan humor ataupun berloyar buruk di peringkat ini, sekiranya penemuduga berlawak, anda dinasihatkan supaya hanya menyambutut dengan senyuman dan cukup sekadar meng-iyakan ataupun 'acknowledge' lawak penemuduga terbabit. 



KETIGA: Mengetahui Tahap Minat Anda Terhadap Jawatan yang Dipohon


Ini adalah point terpenting!

Sekiranya penemuduga menyuruh anda menceritakan perihal diri : Jangan sesekali anda menceritakan tentang hal-hal peribadi anda kepada penemuduga seperti dimana anda bersekolah, bilangan adik-beradik, suami, isteri, hobi, aktiviti dimasa lapang dan sebagainya, kecuali sekiranya penemuduga meminta anda menceritakan perkara tersebut. Tapi, sekirapun ya, hadkan penerangan anda, kerana penemuduga sebenarnya tidak berminat untuk mengetahui secara mendalam sejarah hidup anda.



Labels

Ahli Fotografi (1) AirAsia (1) Akademi Sains (1) Akademi Sains Malaysia (1) Akauntan (4) Arkitek (3) Artis Budaya (1) Bank (4) BP (1) DBP (1) DRB Hicom (1) Eksekutif (8) Exxon (1) Felda (2) GLC (1) Institut Penyelidikan (2) IPTA|IPTS (7) Jawatan Kosong Kerajaan (32) Jawatan Kosong Swasta (13) Johor (1) Juruaudit (2) Jurulatih (1) Jururawat (5) Juruteknik (14) Juruteknik Komputer (5) Juruteknologi (2) Jurutera (12) Juruterbang (1) Juruukur (2) Karangkraf (1) Kedah (2) Kementerian (2) Kerajaan Negeri (1) KKR (1) Kuala Lumpur (2) Kurator (1) KWSP (1) Lembaga Pelabuhan (1) Majlis Agama (1) Majlis Daerah (3) Majlis Perbandaran (7) Majlis Sukan (1) Mekanikal (1) Melaka (2) MRSM (1) Muzium (1) N.Sembilan (1) Oil and Gas (6) Operator (1) Pahang (1) Pegawai (23) Pegawai Ekonomi (1) Pegawai Hal Ehwal Islam (1) Pegawai Juruanalisis (1) Pegawai Keselamatan (2) Pegawai Khidmat Pelanggan (2) Pegawai Laut (1) Pegawai Pengangkutan (1) Pegawai Perhubungan (1) Pegawai Perubatan (3) Pegawai Sains (1) Pegawai Senibina (1) Pegawai Tadbir (5) Pegawai Teknologi (4) Pegawai Undang (8) Pekerja Awam (2) peman (1) Pemandu (4) Pemasaran (1) Pembantu (19) Pembantu Am Pejabat (2) Pembantu Juruaudit (1) Pembantu Tadbir (7) Pengawal Keselamatan (1) Penghulu (1) Pengurus (9) Penolong Akauntan (2) Penolong Jurutera (3) Penolong Pegawai (12) Penolong Pegawai Tadbir (3) Penolong Pengurus (2) Pensyarah (3) Penyelia (1) Pereka (2) Perodua (1) Public Bank (1) Pulau Pinang (2) Puspakom (1) Pustakawan (2) Sabah (1) Sarawak (3) Selangor (4) Setiausaha (2) Shell (2) SKM (1) SPA (1) Telekom (1) Terengganu (2) Tips (3) Tukang (1) Uitm (2) UMP (2) UNIMAS (1) UPM (1) USIM (1) Yayasan Pelajaran (1)